gula hatie

Jumaat, 16 Disember 2016

KITA KAWANKAN ?

#1

Jadual bertugas untuk standby Medic Team dah keluar. 
Haish, kenapalah turn aku kena standby waktu malam ! Dengus Nazmi.
Dia paling tak suka jika malamnya diganggu. Malam masa untuknya beristirehat. 

Fikirannya kini serabut. Serabut tak tahu punca serabutnya. Dia berasa kesunyian. Dia berasa jiwanya separuh tiada. Dia tidak suka akan perasaan itu. 

Deringan dari iPhone miliknya mematikan lamunannya.
"Hello Mi" sahut si pemanggil.
"Hello, ha.. kau nak apa ni malam-malam call aku, tak boleh jumpa dalam kelas esok ke ? " balas Nazmi dengan nada mendatar.
"Ishh, garang-garang nak pergi mana bang ? " perli Zikri, apabila kedengaran suara sahabat agak lain dari kebiasaannya.
"Ni , aku nak mintak tolong kau buat jadual standby untuk event kolej yang seterusnya. Aku tak sempatlah, banyak report event lepas yang aku  kena siapkan by this week. Mr. Karuna dah mintak. " terus sahaja Zikri beri penjelasan, malas mahu berlarutan ceritanya. 
"Okey, nanti aku tolong. Email jelah pada aku nama-nama ahli yang nak dibuat jadualnya" 
"Okey, thank you" sahaya itu, terus dimatikan talian. 
Bukan dia tidak kenal angin Nazmi tu macam mana jika suaranya bertukar nada sebegitu. Adalah tu yang tak kena kat mana-mana.

********************


"Hana, jadual kita bertugas sama la, Malam selasa." Sarah beritahu Hana yang tenggah leka layan movie yang baru didownloadnya dari YouTube. 
"Ha'a, kita dua Zikri dengan mamat mana tah lagi seorang. Tak silap aku, dia senior kita." Balas Hana acuh tak acuh.

Sarah meneruskan kembali kerja menaip assignmentnya. 
Dia suka bila ditugaskan pada waktu malam, kerana tidak mengganggu jadual kelasnya di siang hari. 
Selalunya, waktu malam juga kurang sikit bilangan orang yang sakit.
Maka kuranglah kerja mereka merawat pesakit.

*********************

"Sarah, cepat lah siap. Kita dah lambat ni, nanti Zikri bising pula sebab tak punctual." Gesa Hana bila melihat si roommatenya masih belum lagi siap memakai tudung.
"Ya, sekejap la... " sambil meneruskan belitan tudung dikepalanya.

Sesampai sahaja di Medic Base , iaitu bilik rawatan. Zikri mengajak mereka pergi makan malam dahulu. Sementara menunggu kedatangan Nazmi yang belum tiba.

Di dewan makan, Zikri semangat bercerita mengenai ragam pesakit-pesakit yang telah mereka rawat sepanjang Kursus PTM itu berlansung. Ada yang gastrik, ada yang kaki melecet, ada yang pening dan bermacam ragam pesakit yang perlu diberi rawatan.

Hana dan Sarah hanya mendengar dan mengangguk sahaja cuma mencelah untuk bertanyakan beberapa soalan mengenai rawatan yang telah diberikan. Mereka merupakan Ahli Persatuan Medic Team bagi Kolej Sains kesihatan Bersekutu dan mereka perlu bersiap sedia dalam pelbagai event yang dianjurkan oleh pihak kolej. Tugas mereka hanya memberi rawatan awal sebelum dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan.

Nazmi berjalan malas-malasan ke Medic Base. Apabila sampai di Base, dia membuat semakan keatas alatan yang ada didalam peti pertolongan cemas agar memudahkan nya membuat rawatan jika pesakit memerlukan rawatan ringgan.

Tukk ! Tukk ! Tukk !

Usai sahaja melakukan semakan, pintu Medic Base diketuk dari luar. Dibukanya pintu bilik rawatan itu, kelihatan dua remaja perempuan sedang memapah rakan mereka yang kelihatan kurang sihat.
"Kawan saya ni demam." Beritahu si gadis yang berbaju belang kepada Nazmi.

Terus sahaja Nazmi membuat pemeriksaan awal, seperti mengambil bacaan suhu dan tekanan darah keatas gadis yang dikatakan demam.

Memandangkan mereka didalam mengikuti kursus, mereka tidak dibenarkan untuk berehat di bilik asrama. Jika ada masalah kesihatan, hanya dibenarkan berehat dibilik rawatan.

"Cik, siapa nama ? " tanya nazmi setelah selesai mengambil bacaan suhu dan tekanan darah.
"Amirah." Jawap sepatah dalam keadaan tidak bermaya.
"Suhu Cik tinggi, 39℃ . Tetapi tekanan darah cik normal. Saya beri Cik Amirah ubat dan berehat sahaja disini sehingga acara malam ini selesai" beritahu Nazmi kepada pesakitnya.

Amirah dibantu oleh rakan-rakannya untuk berbaring di katil pesakit. Setelah itu, rakan-rakannya kembali ke dewan bagi meneruskan menyertaan dalam kursus yang berlansung.

Apabila ditinggalkan berduaan, Nazmi menghubungi Zikri supaya kembali ke Bilik Rawatan dengan kadar segera. Memanglah dia tidak melakukan apa-apa, tetapi tidak manis pula jika berada berdua seperti itu.

Hana dan Sarah dipisahkan .
Seorang ke bilik rawatan, seorang akan berjaga di kawasan dalam dewan tempat kursus berlansung.

"Hana, aku tak kenallah mamat tu. Malas la aku, apa kata kau jaga Medic Base. Aku jaga dalam dewan." Sarah memberi cadangan.

Dia bukannya apa, sifatnya yang tidak reti bergaul buat dia malas untuk digandingkan dengan orang yang belum dia kenali.

"Alaaa, malas la.. kau bagilah aku chance nak mengurat abang abang hensem kat dalam dewan ni. Kau jelah pergi . " pintas Hana sambil menolak lembut bahunya.
Lalu, Hana pon mengambil tempat dibahagian Medic team yang disediakan. Sarah berlalu ke Bilik Rawatan sambil mengomel tak puas hati.

********************

Ditolak pintu bilik rawatan, dijenggulkan sedikit muka kedalam.
Ternampak seorang lelaki sedang leka menonton cerita di television yang tergantung disudut bilik rawatan itu.

Lalu dimasuk sahaja dalam bilik rawatan dan melabuhkan punggungnya dikerusi yang bertentangan dengan lelaki tadi.
Tersedar Nazmi dari lamunannya.

"Assalamualaikum, cik kak. Tak reti bagi salam ke nak masuk".
Agak tinggi suara Nazmi, kerana terkejut dengan kehadiran minah comel tu.

"Dah bagi salam dah tadi, pintu tu diketuk macam nak tercabut dibuatnya. Awak yang tak sedar. Mengelamun eh ? ". Bidas Sarah.

Nazmi menyambung kembali menonton cerita yang dimainkan di television. Hakikatnya, dia tidak tahu hujung pangkal cerita itu. Sarah mulai bosan dengan keadaan sepi sebegitu.

"Nama aku Nazmi." Nazmi bersuara perkenalkan namanya.
"Sarah." Jawapnya sepatah.
"Umur kau ?" Sarah paling tak suka bila ditanya mengenai umur. Baginya itu hal peribadi. Berat hati Sarah menjawap.
"22, kau ? "
"Cuba teka" Acuh Nazmi, membuatkan Sarah geram.
Eh, mamat ni nak suruh aku cakap dia muda ke apa ? Dari raut muka memanglah nampak baby face tu.
Kalau nak suruh aku puji depan-depan. Memang tak lah.
"22 jugak" teka Sarah.
Nazmi Diam.
Hebat perempuan ni, mampu teka umur aku dengan tepat. Selama ni tak ada orang yang boleh teka umur aku dengan betul. Nazmi bermonolog didalam hatinya.
Nazmi hanya mengangkat kening, menandakan tekaan Sarah itu betul.

*************************

Malam itu , hanya seorang sahaja yang datang untuk mendapatkan rawatan. Setelah majlis di dalam dewan selesai. Pesakit yang bernama amirah tadi pon dah dibawa rakannya naik ke bilik.

Mereka yang bertugas untuk pasukan perubatan juga sudah bersiap siap untuk pulang ke kediaman masing-masing.
Hampir jam 12 tengah malam juga semua tamat.
Sarah keluar berjalan ke dewan utama mencari Hana. Ingin diajak balik bersama.
Alangkah terkejut. Tapi sebenarnya dah terduga yang Hana akan ditemani oleh orang lain ketika bertugas.
Dilihatnya Hana sedang berbual mesra dengan mamat chubby tu sambil menghala ke pintu keluar dewan.
Mana tidaknya, Si kakak Hot tu ! Ramai saja yang mencuri peluang untuk memikatnya. Apalah sangat yang nak dibandingkan dengan aku ni.
Bagai langit dengan Bumi.

'Eeeeee , Si Hana ni. Dah la gelap, sampai hati tau ! Lupakan aku. Aku takut la jalan sesorang. Dah la jauh ! ' omel Sarah dalam nada geram.

"Weh...!!! " sergah Nazmi dari belakang.
"Opocottt makk kau meletup pecah !!" Melatah terkejut bila disergah
"Kau dah kenapa cakap sesorang, dah la jalan sesorang. Malam malam lanjut pulak tu " sambung Nazmi.
"Lain kali bagi lah salam, kalau aku ada sakit jantung. Collapse terus Inallillah , macam mana ?" Marah Sarah.
"Tak pe weh, ni abang MA ada untuk selamatkan kau." Sambil buat gaya tangan masuk kocek seluar, lagak macho dan dihadiahkan senyuman semanis mungkin.
"Erghhh. Pa pe jelah." Ish, mamat ni buat ayat pick-up line pulak. Tu , tangan tolong bawak keluar dari poket tu please . Tu, senyum tu jangan manis sangat. Mati aku kena diabetes nanti.
Dimarahnya mamat tu dalam hati sahaja yang mampu.


********************

Selepas seminggu mereka habis berkampung di Medic Base. Sarah mendapat satu panggilan dari number yang tidak dikenalinya.

"Hello." Sahut Sarah.
"Weh, Assalamualaikum." Sergah Nazmi.
"Walaikumusalam. Weh, kenapa kau telefon aku ? " Sarah dapat mengagak siapa dihujung talian. Si mamat poyo abang MA tu lah ni.
"Saja , suka-suka nak telefon. Tak boleh ke ? "
"Tak , aku pelik bin ajaib. Tak ada motif pon kau perlu call aku."

Hampir sejam mereka berbual. Setelah menamatkan perbualan, Sarah tersenyum simpul tanpa sebab. Dahulu bukan main rimas dengan mamat tu, hari ni terbalik pulak. Parah la, Kalau macam ni.

"Hana, petang nanti aku nak keluar sekejap." Bagitahu Sarah kepada Hana.
"Kau nak pergi mana ? Dengan siapa ? " Hana menjadi mushkil kerana selama ini kalau ingin kemana-mana Sarah mesti akan pergi bersamanya.
"Pergi Dating, rahsia ! " sahut Sarah dari dalam bilik mandi.

************************

Setelah sampai di tapak pesta,











Selasa, 27 September 2016

27.9.2016 || 17.30 pm.

Assalamualaikum

Tanjung Rambutan , Ulu Kinta, Perak.

Selesai , exam mid sem untuk subject MABC1112 .

Esok , subject MACH 1113 .

Hopefully , will better than today .

May Allah easy everything till the last sem .

Love,
Bella.